Wanita perlu memberi perhatian dan penjagaan yang sewajarnya. Jangan ambil remeh tentang penjagaan vagina. Wanita harus menjaga kebersihan vagina mereka kerana organ tersebut mudah terdedah kepada jangkitan kuman jika tidak dijaga dengan sempurna.
Pastikan kawasan kemaluan sentiasa bersih iaitu pada bahagian luar saja. Vagina adalah organ yang mempunyai sistem pembersihan sendiri. Jadi anda tidak perlu ‘menjolok’ jari ke dalam atau menggosok saluran ini dengan sabun untuk membersihkannya.
Tindakan ini hanya mengganggu persekitaran semula jadi kerana dalam vagina ada bakteria baik iaitu bakteria laktobasilus yang menghasilkan asid laktik yang bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap jangkitan.
Mencuci vagina sama ada dengan sabun atau memancutkan air ke dalam saluran ini akan menyingkir bakteria laktobasilus dan akibatnya anda lebih mudah mendapat jangkitan.
Tahukah anda terdapat alat ujian mudah untuk mengimbas tahap kesihatan vagina anda?
Ya, Vagina Healt Test Kit.
No comments:
Post a Comment